Menurut agama islam
Fatwa derma organ
2 Votes
ANGKA penderma organ yang begitu kecil di negara
ini mungkin boleh dikaitkan dengan faktor keagamaan (bagi orang Islam).
Namun menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang
Islam, Universiti Islam Antarabangsa,Datin Dr. Paizah Ismail, sepatutnya
faktor agama tidak boleh dijadikan alasan kerana fatwa membenarkan pendermaan
dan pemindahan organ telah dikeluarkan sejak tahun 1970 lagi.
”Dalam hal ini (menderma organ) bukanlah satu benda
baru yang dibincangkan malah Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis
panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan.
”Pada prinsipnya Islam sendiri tidak melarang
pendermaan organ malah dari segi hukum pun kita rasa tidak ada yang bercanggah.
”Dalam Islam sendiri ada menyatakan sekiranya
apa-apa yang boleh memberi kebaikan kepada manusia dan yang boleh menjauhkan
manusia daripada keburukan itu memang dibenarkan,” katanya ketika ditemui di
pejabatnya di Gombak, baru-baru ini.
Beliau tidak menafikan masyarakat hari ini melihat
menderma organ ini satu perkara yang tidak bagus dan tidak wajar malah ada yang
mengatakan ia akan menyeksa mayat.
Dan melihat akan perkara tersebut, menurut Dr.
Paizah, ini tidak seharusnya timbul dan untuk itu kesedaran harus diberikan
kepada masyarakat hari ini mengenai betapa pentingnya menderma organ.
Untuk itu semua pihak harus berganding bahu
menganjurkan pelbagai aktiviti mahupun kempen menderma organ dengan lebih kerap
agar masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan menderma darah.
Pada masa yang sama, kerjasama antara pihak-pihak
seperti JAKIM serta badan bukan pertubuhan (NGO) Islam turut dialu-alukan dalam
usaha memberi kesedaran serta fahaman yang lebih mendalam mengenai menderma
organ.
Fatwa
Sejarah awal mengharuskan pendermaan organ
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965 iaitu menerusi
pendermaan kornea.
Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970
menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada
pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak
berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan
meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si
mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi
organ itu.
Keputusan Lujnah Fatwa
1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram
dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.
2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.
Bagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan
pemindahan atau pendermaan atau melakukan ke atas orang yang mati otak, ada
beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam iaitu
i) Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:
a) Keadaan penderma masih hidup
* Menjalankan kajian perubatan dengan cara
terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini,
kejayaan dan kegagalan pemindahan.
* Dengan reda penderma, tanpa paksaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada
kebiasaannya.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan
nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan
keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan
dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat
yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah
dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut
keuntungan.
* Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma
dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.
b) Keadaan penderma yang telah mati
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara
terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini,
kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
* Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun
waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada
kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
* Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin
ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut
hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan
nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan
keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan
dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat
kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan
kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
ii) Mati otak
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara
professional tentang berlakunya mati otak.
* Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga
terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.
* Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah
dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam
diutamakan).
* Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan
(sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
Agama membolehkan derma organ tetapi dengan beberapa syarat. - Gambar hiasan
Pernahkah terfikir di fikiran
masing-masing untuk mendermakan organ kepada pihak yang memerlukan sekiranya
anda meninggal dunia ataupun masih hidup? Mungkin ada antara kita, pernah
mendengar mengenai pemindahan organ atau derma organ yang kini semakin
diperlukan untuk tujuan kesihatan.
Namun ada yang masih tertanya-tanya sama ada pemindahan organ atau derma organ tersebut dibolehkan dalam Islam atau tidak kerana ada yang mengatakan ia haram dilakukan dan ada juga yang dibolehkan mengikut beberapa keadaan.
Penceramah bebas, Zaharuddin Abd Rahman berkata, bagi menjawab persoalan berkaitan pemindahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma dan pemindahan organ:
1. Pemindahan organ
a) Memindahkan organ seseorang pesakit daripada satu bahagian daripada tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : Harus, dengan syarat :
i. Kepastian manfaat yang bakal diperoleh adalah lebih tinggi daripada mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana-mana anggota yang diambil, hilang upaya daripada menjalankan fungsi asalnya.
b) Memindahkan organ seseorang pesakit kepada pesakit lain.
Hukumnya : Harus , dengan syarat :
i. Ia terdiri daripada anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan akal dalam membuat keputusan tersebut.
c) Memanfaatkan sebahagian anggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti kornea mata
Hukumnya : Harus dengan syarat manfaat melebihi mudarat.
d) Memindahkan organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti jantung
Hukumnya : Haram
e) Memindahkan organ yang boleh menghilang upayakan fungsi anggota tersebut daripada tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : Haram, kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.
f) Memindahkan anggota mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : Harus, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.
g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : Harus, dengan syarat haiwan yang halal dimakan dagingnya.
h) Menjual organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : Haram, kecuali jika si penerima atau mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
Maklumat tambahan:
Organ tisu yang boleh didermakan - Jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas,
Tisu - Injap Jantung, mata, tulang, kulit, usus, membuluh darah, muka
Jenis Penderma/Penderma Hidup
Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan sum-sum tulang saja.
Terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri saja.
Pendermaan ketika hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pendermaan ada pertalian saudara
Pendermaan tiada talian saudara
Pendermaan kadaverik:
Penderma Kadaverik ialah penderma yang sudah meninggal dunia.
Pendermaan jenis ini amat digalakkan dan diutamakan:
Ia tidak memberikan risiko kepada penderma
Penderma kadaverik terbahagi kepada dua kategori:
Kematian otak penderma adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti kehidupan seperti pernafasan dan degupan jantung mati.
Ini boleh berlaku akibat kecederaan otak yang menyebabkan otak membengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan seumpamanya.
Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan otak organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata (kornea), tulang dan kulit.
Kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati kerana jantung berhenti berdegup dan penderma ini hanya boleh mendermakan tisu sahaja.
Hanya mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang meninggal di rumah, mereka hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu berkenaan di rumah.

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
BalasPadam..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring