Kajian
Syair Ikan Terubuk
Magis dalam Syair Ikan Terubuk
1.0 Latarbelakang:
Salah
satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu
Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair
dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk.
Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah
satunya ditulis oleh Ulul Azmi.
Rangkaian
syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang
menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat,
untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air
tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang
dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat
diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.
Melalui
buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra
sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan
terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak,
Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan
pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas
mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.
Secara
politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari
penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri
Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan
mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di
wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk
menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau
dan negeri-negeri agraris lainnya.
SYAIR
IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan
percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi
sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu
misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri
Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka
terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d.
Wall 242 di Jakarta.
2.0 Maksud Syair mengikut
rangkap:
Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan
bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran
Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan
malam kepada setiap umat Islam.
Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan
terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya)
kerana bersedih .
Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan
yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam
kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan
bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui
adanya puteri yang cantik jelita.
Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk
yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk
sentiasa terkenangkannya.
Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai
Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar)
Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.
Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung
Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta
kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri
puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah
sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan
puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan
bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk
teringatkan tuan puteri.
Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang)
tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah
akan memakbulkan segala pemintaannya.
Rangkap 11:
Upacara berdoa
tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan
diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu
dinihari(subuh).
Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji
dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga
bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah,
ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari
kayangan.
Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai
yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan
puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan
banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila
sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci)
tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan
puteri sudah tidak kelihatan lagi.
Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh
memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit
bersama dengan bala tenteranya.
Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli
Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan
puteri puyu-puyu.
Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita
kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia
berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk.
Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar
berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air
mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan
puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan
luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah
sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih
kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa
dihadapinya.
Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus
dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat
asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk
mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di
dalam kalbunya.
Sinopsis:
Syair simbolik/kiasan ini
menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut
Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan
puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar).
Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri
ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
Namun
begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk,
menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan
Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada
tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu
berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir
sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri
puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan
hilang lenyap diudara.
Berita
kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah
disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah
dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada.
Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki
tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan
terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala
usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk
akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa
kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Kepentingan Karya
3.1
Sebagai hiburan
3.2 Alat menyampaikan
pengajaran
3.3.
Alat Sindiran
Aspek Estetika Sastera:
4.2.1 Tema:
Bertemakan
kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .
4.2.2 Persoalan:
F1: Persoalan percintaan .
H/C: Percintaan yang melibatkan
perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan
tersebut. Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan
air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
F2: Persoalan Pengharapan pada yang
Esa./Doa
H/C: Segala harapan hendaklah
disandarkan kepada yang Maha Esa, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada
Allah agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.
F3: Persoalan tentang kerinduan
H/C: Kerinduan terhadap kekasih yang
jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.Ikan Terubuk
yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih
dan gelisah.
F4: Persoalan tentang kedaulatan.
(keluarga raja)
H/C: Keturunan diraja mempunyai
kedaulatan mereka yang tersendiri, Puteri ikan puyu-puyuberkata jika dia dari
keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia
meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh
pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk
pokok pulai dan akhirnya hilang.
F5: Persoalan tentang kejadian luar
biasa / aneh
H/C: Golongan bangsawan sering
dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan.
Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka
berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan
puteri seorang yang berdaulat.
F6: Persoalan tentang kecantikan
golongan bangsawan.
H/C: Golongan bangsawan sering
digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu
dikatakan memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya.
F7: Persoalan keelokkan tingkah laku
golongan bangsawan
H/C: Golongan bangsawan seringkali
dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang
melihatnya.Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.
F8: Persoalan tentang putus asa /
kecewa
H/C: Apabila berdepan dengan
kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui
diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri
puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gungah gulana.
5.0 Aspek
pemikiran masyarakat dalam karya
1. Perbezaan
darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam
percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal
memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana
ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari
kerajaan air tawar.
2. Keagungan
tuhan
Dalam sebarang urusan yang hendak
dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi
memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang
dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan
urusannya menolak ikan terubuk.
3. Konsep
daulat.
Daulat merupakan kekuasaan yang
dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan
seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya.
terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya
iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.
4. Kejadian
luar biasa.
Kejadian aneh yang berlaku yang
dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah . Pemerintah atau
raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam
syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan
petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
6.0 menjelaskan nilai
kemanusiaan, kemasyarakatan, kepercayaan, dan keagamaan dalam
puisi tradisional
6.1 Nilai kemanusiaan:
i. Nilai
kasih sayang
ii. Keberanian
iii. Kegigihan
iv. Keyakinan
6.2 Nilai kemasyarakatan
i. Kerjasama
ii. Kesetiaan
kepada pemerintah
6.3 kepercayaan
i. Kepercayaan
tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.
ii. Kepercayaan
terhadap kejadian luar biasa
6.4 Keagamaan
i. Memuliakan
Tuhan sebagai pentadbir alam
ii. Limpahan
rahmat untuk semua makhluk.